Thursday 27 December 2012

kau yang satu


Sinopsis-
Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.
Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.
Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.
Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

Saturday 22 December 2012

The Best Of Novel Rindu Dalam Sepi..




Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.

Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.

“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.” 

AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!

“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.” 

Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.

Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?

“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”

“Kalimah apa?”

“I love you, my love.”

Friday 21 December 2012

The Best Of Novel Cinta Tak Sempurna


Demi menutup aib keluarga, dia terpaksa disatukan dengan lelaki yang langsung tidak dicintainya. Hubungan suami isteri hanya pada nama. Mana mungkin dia dapat terus berdamping dengan lelaki ego, bengis, sombong dan angkuh seperti Zahid. Apatah lagi, sikap Zahid yang acuh tidak acuh membuatkannya rasa sedikit goyah dengan layanan Zahid.

Tanpa disedari, di hati masing-masing telah mula timbul bibit-bibit cinta. Keegoan menjadi penghalang hubungan mereka daripada terus berputik. 

Zahid sudah tidak mampu lagi untuk menipu perasaannya. Dia tepikan ego untuk memikat hati isterinya. Pelbagai cara diusahakan sehingga hati si isteri berjaya ditawan.

Namun, di saat hati mereka mula bersatu, ada sahaja rintangan demi rintangan yang menghalang hubungan mereka berdua. Cinta yang baru bermula itu kembali jauh. Kembali menampakkan jurang. 

Mampukah untuk mereka teruskan hubungan itu? Adakah rintangan-rintangan yang melanda mampu menguatkan lagi rasa kasih dan sayang yang sudah menebal? Atau, cinta mereka sebenarnya cinta yang tak sempurna?